Sepetang di Pesta Buku Pantai Timur 2022 | NaSa

Sepetang di Pesta Buku Pantai Timur 2022

by NaSa, October 01, 2022
Assalamualaikum

Haritu keputusan peperiksaan di sekolah Amirah dah diumumkan. Alhamdulillah daripada 20+ subjek yang diambil, Amirah berjaya dapat 18A. Secara keseluruhan, dalam kelas tu dia dapat nombor 2.

Haa meriah la atuk neneknya sebab cucu cemerlang kan. Dan Amirah pun bangga la sikit sebab berjaya cecah level-level aku masa sekolah dulu (aku pun biasa dapat nombor satu hehe). Dan untuk hadiah kecemerlangan ni, Cik Ulat Buku ni request kat umi dia, "Umi kena belanja buku novel baru".

Kebetulan pulak waktu umi dia balik rumah untuk cuti hujung minggu ni, Pesta Buku Pantai Timur 2022 masih berlangsung di Dewan Balai Islam, Lundang. Tak jauh pun dari rumah. Ngam-ngam jugak pesta buku tu tamat 1 Oktober. Jadi ada masa lagi la untuk pergi Jumaat semalam (30 September) tu.


Lepas Asar kami bertolak ke sana. Aku pun ikut menyibuk kenapa entah haha. Saja-saja nak tengok suasana sebab dah lama tak pergi pesta buku. Kali terakhir pergi, Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tahun 2013 ke 2014 entah. Pastu 2 tahun lepas  PKP manjang kan so takde majlis keramaian macam ni.

Bangunan Majlis Agama Islam Kelantan

Sampai-sampai, Alhamdulilah kawasan parkir tak padat sangat. Mungkin sebab kami datang ni pukul 5 petang, jadi tak jem berbanding sebelah pagi. Sekali using je, dah boleh letak kereta.

Dewan Balai Islam Lundang yang menjadi lokasi pesta buku

Luas dewan ni. Biasanya digunakan untuk konferens, muktamar, atau majlis penyampaian anugerah tertentu. Kami pernah datang dulu sekali sebab aku dapat anugerah pelajar SPM terbaik. Pastu trofi kena bagi kat sekolah dan cukup tahun, kena pulangkan kepada kerajaan. Kedekut 😂


Masuk-masuk je, disapa oleh lagu Chicken Dance. Atas pentas, penuh budak-budak tengah menari. Depan pentas pula mak bapak berkumpul ramai-ramai. Rupanya sesi selingan sementara tunggu MC umumkan pemenang pertandingan mewarna kategori tadika dan sekolah rendah. Patut la semangat.

Pastu tak tahu la kenapa penganjur rasa elok bagi belon kat budak-budak tu lepas habis sesi Chicken Dance tu. Turun je dari pentas dan budak tu semua berkeliaran, sana sini bunyi pop pop pop belon meletup sebab budak tu duk hayun dan picit. Kuss semangat akak tau

MC yang tengah baca nama pemenang untuk pertandingan mewarna tu pun sampai terkejut dan terhenti kejap bercakap. Lupa baca nama siapa kot haha. Dah la nama bebudak moden sekarang kan ejaan canggih. Satu tahap, MC tu cakap "Emm kejap. Nama ni nak baca macam mana?" Terhibur aku 😂

Tiga orang maskot pesta buku ni yang terjoget-joget di atas pentas untuk meriahkan keadaan dan gambar pemenang pertandingan.

Banyak kategori buku yang dipamerkan di pesta buku ni. Dari buku rujukan dan ulangkaji sekolah rendah dan menengah, novel fiksyen BM dan BI, buku motivasi, keagamaan, komik, buku puzzle, sensory learning, macam-macam la. Tapi sebab kami datang ni hari kedua terakhir, dapat sisa-sisa buku je la 😅

Buku lelong pun tak banyak yang tinggal sebab yang tajuk best-best dan cover cantik elok tu dah dibeli orang. Nasib la haha. Aku pun baru tahu Khamis haritu ada pesta buku.

Antara buku yang ada di Pesta Buku Pantai Timur 2022 ni:

Zon majalah Ujang. Tempat pertama Amirah dan Amir Faris serbu untuk majalah kegemaran mereka sebelum cari buku lain 😂

Banyak edisi majalah Ujang ni. Amir pun tak tau nak pilih yang mana

Buku refleksi diri?

Buku soalan latihan dan ulangkaji SPM. Rindu zaman sekolah dulu-dulu bila tengok zon ni. Zaman gigih beli buku latihan bebanyak untuk skor exam haha

Zon buku Fixi. Dari dulu femes buku ni tapi aku tak terbeli lagi walaupun satu. Sat kumpul modal dulu.

Novel cintan cintun. Lama dah tak baca.

Novel Inggeris. Tapi pilihan macam tak banyak berbanding novel Melayu.

Ada satu meja tu penuh dengan karya Ramlee Awang Murshid je ye. Ya Tuhannnn kalau duit banyak, aku dah borong serba satu sebab best karya beliau.

Zon Al-Quran dan tafsir. Amirah tengah sembang apa entah dengan ayah dia tu.

Zon buku keagamaan.

Kalau ikutkan, nak juga borong buku. Tapi jenuh pusing-pusing dalam dewan tu, tak banyak sangat tajuk yang menarik minat aku. Kalau ada siri buku yang nampak best pun, rupanya buku orang tinggal. Maksudnya zon sebenar buku tu di tempat lain. Laaah satu kerja nak cari dalam khalayak tu 😅

Mulanya Satu Cinta karya Rose Harissa

Akhirnya beli novel ni je sebab tulisan penulis kegemaran aku. Masa beliau buat pre-order untuk re-publish di Facebook haritu, aku tak sempat order. Jadi rezeki la terjumpa kat sini sebab novel ni bukan duduk di zon novel BM tapi sebelah novel Inggeris. Tu pun ada 3 je lagi buku ni tinggal dan semua tak ada cover plastik. Cepat-cepat aku ambik yang mana cover paling elok antara 3 tu.

Pukul 6.15 baru kami ke kaunter bayaran

Dapat slip untuk cabutan bertuah

Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan

Cabutan nama pemenang tu akan dibuat malam ni 1 Oktober. Harapnya aku menang la sebab aku nak pressure cooker tu haha. Atau dapat blender pun okey sebab blender kat rumah ni dah berusia 😂

Selain zon buku tu, kat luar dewan ada lagi booth lain yang fokus kepada jualan makanan minuman dan produk. Tapi tak dan nak singgah jenguk-jenguk sebab anak buah 2 ketul tu masa sampai terus nak tengok buku, dan lepas bayar terus nak balik. Tak menikmati suasana langsung haha

Booth Olive House, ada buat konsultasi rasanya masa ni. Abang ni comel sebab masa aku ambik gambar tu dia pandang kamera siap senyum 😂

Desserts, biskut, dan ada jual air boba sekali rasanya

Ni sempat snap gambar je. Makanan nama pebende, aku pun tak tau huhu

Food truck jual makanan dan minuman

Lepas keluar dari dewan, lapar sebenarnya sebab dah petang kan. Pastu sejam lebih pulak bersesak-sesak dengan orang ramai masa cari buku tu. Untung ada food truck ni kat depan dewan. Tapi masalahnya, ada 2 trak je. Orang pulak ramai beratur dengan anak masing-masing. Lama la menunggu.

Akhirnya tak jadi beli. Kaklong kata singgah McDonald's je la, alang-alang dia nak beli bubur untuk mak abang ipar aku yang tengah uzur akibat sakit tua. So terus balik dan hala ke McD. Walaupun sebenarnya kat McD tu pun bukan cepat dapat makanan, tapi at least tempat menunggu tu selesa la sikit.

Pastu nak balik dari McD tu, dugaan pulak sebab hujan tetiba turun lebat. Basah kuyup kami lari ke kereta. Beg kertas berisi makanan McD tu pun koyak rabak kena air. Tergolek dog bekas bubur jatuh ke bawah seat kereta tau. Mujur penutup bekas tu ketat dan tak terbukak. Kalau tak, mandi bubur aku 😂

Suatu petang yang dipenuhi cabaran. Tapi berbaloi la sebab puas hati dengan pengalaman tu. Amirah happy dapat hadiah buku yang dia nak tu. Adik dia pun seronok sebab sakan boleh borong buku. Dah la Amir tu selalu kata, "Lagi best keluar dengan umi sebab banyak benda kita boleh beli."

Kemain kau ye hahahahah

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Cabutan malam ni. InsyaAllah, moga ada rezeki buat Nasa.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS