Assalamualaikum
Yahh apa khabar, temen-temen?
Lama pulak takde tebeng gambar makanan Jumaat kat sini. Sebab sejak baby lahir tu, hujung minggu mama abah takde masa nak masak fancy-fancy dah. Ralit tengok cucu. Lagipun awal-awal kan baby meragam lain macam sikit. Mak nye pulak tak biasa lagi. Atuk nenek la uruskan.
Hari ni la baru ada juadah lain sikit muncul di dapur tu. Entah datang angin apa pulak mama suruh kaklong beli jagung. Mungkin ramai jugak tengah jual sekarang sebab musim hujan. Kebun naik air huhu
Tak tahu la ni resepi sama macam orang lain jugak atau tidak. Tapi bubur jagung mama ni dia bubuh beras, lepas direbus dengan jagung akan bertukar jadi nasi. Kenapa entah. Biasa la tukang makan memang tak ambik tahu pasal bahan sangat kan. Reti telan je.
Bubur jagung kuning macam ni aku tak minat sangat actually. Kepala santan (pati santan) tu melekit kalau kena kat tangan. Ada lagi satu resepi bubur jagung yang aku suka iaitu yang jenis buat macam bubur kacang hijau tu. Versi dimasak sekali dengan gula melaka.
Bubur jagung kuning macam ni aku tak minat sangat actually. Kepala santan (pati santan) tu melekit kalau kena kat tangan. Ada lagi satu resepi bubur jagung yang aku suka iaitu yang jenis buat macam bubur kacang hijau tu. Versi dimasak sekali dengan gula melaka.
Kecik-kecik dulu aku biasa makan sebab mama buat bubur versi tu sekali dengan yang kuah santan ni. Tapi abang aku kata aku pelik sebab dalam family kami, aku sorang je sukakan bubur jagung versi gula melaka tu. Pastu lama-lama mama tak buat dah. Last makan masa sekolah rendah aku rasa 🥲
Nanti nak tanya mama kot dia ingat lagi resepi bubur jagung gula melaka tu. Kalau guna resepi sama dengan kacang hijau, boleh 2-in-1 buat dengan bubur kacang hijau. Yang tu pun dah lama tak makan.
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤