Cara dapatkan akses percuma kepada Microsoft Office 365 bagi pelajar aktif UUM | NaSa
Assalamualaikum

Aplikasi Microsoft ni bukan la satu benda asing dalam kalangan pengguna komputer, terutamanya bagi pelajar dan pekerja yang banyak guna untuk sediakan laporan akademik dan kerja. Dari waktu bangku sekolah lagi biasanya kita akan diajar pasal cara-cara asas untuk gunakan aplikasi Microsoft ni terutamanya Words untuk tugasan bertulis, Excel untuk kira-kira, dan PowerPoint untuk pembentangan.

In fact, nak buat lebih daripada tu pun boleh dengan 3 aplikasi ni. Belum masuk aplikasi lain yang ada lebih banyak fungsi macam Outlook, Publisher, Skype, dan sebagainya.

Tapi tu la, aplikasi Microsoft ni tak mudah untuk diakses melalui komputer sebab ianya berbentuk "paid subscription" atau langganan berbayar. Dalam matawang Ringgit, kosnya sekitar RM20+ sebulan atau RM200+ setahun. Orang bekerja mungkin tak ada masalah untuk beli langganan ni sebab mereka ada pendapatan. Tapi bagi pelajar IPT, mesti la kita nak jimat duit kan.

Harga langganan Microsoft 365 untuk seorang pengguna. Yang pakej family up to 6 orang pun ada tapi mahal sikit la

Jadi di sinilah pentingnya kita ambik kesempatan guna emel pelajar kita dengan efisien. Sebab tahukah anda, kebanyakan IPT ada sediakan langganan Microsoft kepada pelajar mereka? UUM pun ada tau.

Panduan untuk download Microsoft 365 bagi pelajar UUM ni sebenarnya ada je disediakan oleh pihak IT di UUM lepas orientasi. Tapi tetap ada segelintir pelajar yang tak tahu pasal tu, contohnya aku.

Satu sem ye aku redha je buat assignment guna Microsoft versi 2010 yang lama dalam laptop aku. Sampailah kawan aku yang dah sem 4 masa tu bagitahu yang kita boleh download aplikasi Microsoft 365 dalam portal UUM. Tak perlu bayar apa-apa, semua percuma dan boleh dapat akses penuh, bukannya trial semata. Siap dapat akses cloud storage sebanyak 1TB lagi di OneDrive. Banyak woi

Rasa ketinggalan sangat aku lepas dengar tu tau. Sebab tu cepat-cepat aku download haha

Jadi bagi pelajar UUM yang lambat tahu pasal Microsoft 365 percuma macam aku, cepat buka portal UUM dan download ikut steps di bawah. Walaupun mungkin benda ni tak berapa percuma sangat sebab mungkin kos dah termasuk dalam yuran semester yang kita bayar RM75 untuk kemudahan ICT di UUM, tapi jimat la daripada kita beli subscription Microsoft sendiri selama 3-4 tahun kan hehe

Bagi pelajar IPT lain, boleh check portal IPT masing-masing untuk kepastian okeh.

LANGKAH 1: Log masuk ke dalam Portal Pelajar UUM


Kalau korang perasan, dalam portal UUM tu ada tab kecik warna kelabu di bahagian paling atas kan. Menu yang ada di situ, inbox emel UUM, portal Online Learning (OL), dan juga link Webex. 

Haa tekan di bahagian UUM Email & Office 365 tu.


LANGKAH 2: Log masuk lagi sekali ke dalam portal UUM


Satu redirect akan keluar untuk kita log masuk lagi sekali ke dalam portal UUM. Tapi ni cuma untuk sahkan kita pelajar UUM. Lepas masuk di sini, kita tak pergi ke portal lagi dah. Nanti dia akan pusingkan kita ke inbox Microsoft Outlook yang didaftar dengan emel pelajar kita.


LANGKAH 3: Sahkan emel pelajar UUM


Prompt ni waktu kita log masuk dalam inbox Outlook memang dia akan keluar. Tapi kau jawab la yes ke, no ke, tick kotak "jangan tunjuk" tu ke, sama je dia akan tanya setiap kali tu haha


Extension di belakang emel pelajar ni berbeza ikut pusat pengajian ye. Aku ambik International Business Management bawah School of International Studies (SOIS), sebab tu extension emel aku "sois.uum.edu". Kalau korang bawah SBM ke, SQS ke, STML ke, extension nama school tu la yang akan dipakai dalam emel korang. Just in case kalau ada yang tak tahu 🙈

LANGKAH 4: Tekan menu tambahan untuk ke laman Microsoft 365


Walaupun link yang kita tekan tadi tu namanya "UUM Email dan Office 365", page yang dia bawa kita masuk ni memang page untuk inbox Outlook sahaja. Nak ke tempat Microsoft 365 tu, ada lagi 2-3 benda lain kena tekan. Aku tak tahu pasal ni dulu, sebab tu aku baca emel je kat sini. Tak sedar pun pasal Microsoft 365 percuma tu.

Tengok gambar bawah, tekan ikon titik-titik di bucu kiri sebelah logo UUM tu ye.


Lepas keluar menu tambahan ni la baru kita nampak link untuk ke page "Microsoft 365" tu. Jadi tekan la link tu untuk satu langkah lebih dekat ke arah memiliki aplikasi Microsoft secara percuma.


LANGKAH 5: Muat turun installer untuk aplikasi Microsoft 365


Dalam page ni, semua attachment yang UUM hantar dalam emel diorang di Outlook tu akan lekat di sini tau. Biasa aku tak baca pun sebab kadang-kadang attachment yang dia hantar tu macam tak berkaitan dengan pelajar haha. Dah la banyak emel kat situ, Pusat Islam la, HEP la, Corporate la.

Kita cuma kena pergi ke bahagian kanan page, dan tekan tab "Install Apps" dan pilih "Microsoft 365 apps".




Dah download, mesti la kena save installer tu kan.

Dengan satu installer, komputer atau laptop kita akan dipasang dengan 8 aplikasi Microsoft 365 termasuklah Outlook, Word, Excel, dan PowerPoint. Selain tu, akan dapat sekali akses kepada cloud storage 1TB di OneDrive. Boleh la upload apa-apa kita nak di situ. Tapi aku tak guna sangat pun OneDrive tu sebab dah link dengan Google Drive. Lagipun aku malas nak log in banyak benda haha

LANGKAH 6: Lancarkan installer Microsoft Office dan tunggu hingga siap


Langkah ni sangat straightforward la. Tekan je ikon installer yang dah siap download tu dan tunggu sampai proses installation selesai. Kalau guna WiFi UUM, InsyaAllah laju je siap.

Tekan ikon installer

Tunggu proses installation berjalan

Installation completed!

LANGKAH 7: Aplikasi Microsoft Office 365 sedia untuk digunakan! 🎉



Inilah 8 aplikasi yang ada dalam pakej Microsoft 365 yang disediakan untuk pelajar UUM. Aku biasa guna 4 yang atas tu je. Yang bawah tu tak pernah. Microsoft Access tu apa benda pun aku tak tahu 🙈

Tapi sebab semua akses dalam Microsoft 365 ni adalah penuh dan bukan trial, kalau buat assignment guna aplikasi ni kan, memang FUNCTION NAK MATEYYY hahaha

Macam Word tu, kalau nak buat laporan tapi malas taip, boleh dictate je (in English la). Nanti dia taip sendiri. Nak tambah gambar hiasan, boleh cari stock photos lawa-lawa dalam gallery. Charts Excel ada design macam-macam. Nak buat slides pun, ada banyak pilihan template dalam PowerPoint. Siap dia auto-suggest design lain-lain untuk setiap page, lengkap gambar dan ikon hiasan slides.

Tapi syaratnya asalkan connected to internet la sebab semua fungsi tambahan tu online-based services. Kalau tak ada internet, tak jadi. Sebab tu heaven masa duduk di UUM sebab ada UUMWiFi. Tekan je apa-apa, nanti dia tambah sendiri dalam dokumen kita. Rumah aku ni mana ada WiFi jadi kalau buat report waktu cuti, nanti beshe-beshe je la takde hiasan fancy haha


Ni details yang akan ada dalam akaun Microsoft kita yang mengesahkan kita sebagai pengguna sah Microsoft 365 di bawah organisasi UUM. Tapi akaun ni pun kena selalu bersambung dengan internet tau. Kalau katakan kita selalu guna tanpa internet atau dah lama tak buka aplikasi tu, nanti dia akan log out sendiri sebab katanya "identiti anda tak boleh disahkan".

Satu kerja pula nak kena log in balik masa tu especially kalau waktu tengah rushing nak buat kerja. Dan aku dah kata yang rumah ni takde WiFi kan, so nak kena bukak hotspot pulak untuk log in dalam portal UUM yang bersambung dengan page Microsoft tu. Kalau line laju takpe la. Ni line macam siput babi di kampung. Berapa puluh kali kena refresh. Memang menguji kesabaran haha

Anyway, seperti tajuk entri di atas, akses percuma untuk aplikasi Microsoft 365 ni hanyalah bagi PELAJAR UUM YANG AKTIF SAHAJA. Maksudnya, kita cuma boleh guna semua aplikasi ni sewaktu masih bergelar pelajar UUM. Lepas tamat belajar, akaun pelajar kita dibatalkan dan semua akses dalam Microsoft 365 ni pun ditarik balik 😌

Aku baru je kena huhu

"Your school account is no longer active"...

Lesen kita dah takde sobs sobs. Kalau nak guna jugak Microsoft 365 tu, kena la beli lesen sendiri.

Rasanya lesen Microsoft 365 ni ditarik balik lepas nama pelajar disahkan oleh Senat untuk konvokesyen kot. Sebab November 2022 haritu aku ada taip random short stories dan masa tu Word masih boleh diguna. Tapi masuk Disember 2022, lepas dapat emel untuk jawab survey bagi pelajar yang dah tamat belajar dan upload slip pengesahan di portal UUM, aplikasi Microsoft 365 tu dah kena kunci haha

Ye la dah habis belajar kan. Mana layak menumpang kasih sayang UUM lagi. Kena la belajar berdikari. Umpama anak burung yang dah besar dan kena tinggal dengan mak burung dalam sarang sebab "kau pergi la cari makan sendiri. mak malas dah nak suap cacing kat kau hari-hari." Lebih kurang gitu la.

Tapi walaupun lesen sebagai pelajar UUM tu dah dibatalkan, kita masih boleh guna Microsoft 365 ni secara percuma dan tak perlu ada banyak aplikasi sebab semua dah dikumpulkan dalam satu tempat je. Macam kat bawah ni kan dia kata "in one place for free with Microsoft 365." Jadi takde la habis duit nak kena langgan dengan duit sendiri ke apa. Tapi......


Masalahnya ia cuma boleh DIGUNA SECARA ONLINE SAHAJA. So kalau komputer atau laptop tu ada WiFi, boleh la buka aplikasi Microsoft 365 tu. Kalau takde WiFi ataupun data hotspot slow gila macam aku yang menyusahkan proses nak login, nanti akan jadi la macam kat bawah ni.


Nak masuk pun tak lepas, apatah lagi nak mulakan kerja. Jem mat hahahah. Jadi kita hanya mampu berhuhu

Microsoft Office 365 ni pun percuma untuk smartphone dan lebih mudah diguna di situ sebab phone kan mostly selalu bersambung dengan data. Tak payah hotspot atau WiFi bagai. Cuma tu la aku rasa tak best sangat menaip pakai touch screen sebab skrin dibahagi dua dan tulisan nampak kecik. Kalau laptop kan skrin asing dengan keyboard. Boleh tekan-tekan kekunci menaip sepenuh perasaan lol

Alternatif lain bagi aplikasi Microsoft Office tapi percuma dan lebih user-friendly, boleh gunakan WPS Office. Yang ni lebih mudah sebab fungsinya lebih kurang sama dengan Microsoft tapi WPS ni nak guna secara online boleh, guna offline tanpa internet pun boleh. Tapi mungkin perlukan masa sikit untuk mahirkan diri dengan interface WPS sebab dah biasa guna Microsoft kan.


Itu saja la perkongsian pasal Microsoft ni. Terlintas nak taip pun sebab terluka dengan akaun kena tarik balik tu je. Saja la nak maklumkan awal-awal pasal perkara ni kepada pelajar UUM lain yang mungkin akan jumpa blog ni. Biar mereka lebih bersedia, tak macam aku yang kena sesurpris 😂

Antara kemudahan lain yang boleh diakses dengan emel pelajar UUM ni,
boleh juga guna untuk masuk arkib jurnal ilmiah macam Emerald Insight, ResearchGate, etc dan cari jurnal akademik sebagai reference dalam assignment. Ni nanti bersambung bawah perpustakaan UUM. Tapi ada juga arkib yang UUM tak ada akses macam Elsevier. Jalan mudah, copy je DOI jurnal tu masuk Sci-Hub 👀

Benda lain macam Canva aku tak pasti boleh guna secara percuma atau tidak dengan emel pelajar UUM. Sebab IPT lain ada yang boleh dapatkan akses premium untuk resources dalam Canva dengan emel mereka. Tapi aku try haritu sama je macam guna emel biasa. Dapat limited access sebagai pengguna biasa je. Sedeyh haha

But yeah, kepada semua pelajar IPT di luar sana yang ada emel pelajar khusus yang bersambung dengan IPT anda, rajin-rajinkan la godek ada servis ilmiah apa yang korang boleh dapatkan secara percuma dengan emel tu. Untung kot. Nak tunggu bayar sendiri, takde duit kan. Jadi gunakan la kemudahan yang disediakan oleh IPT anda dengan sebaik-baiknya 😆

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS