Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 | NaSa

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

in , , by NaSa, April 24, 2023
Assalamualaikum


Lama tak singgah di blog sebab agak sibuk dengan beberapa perkara masa bulan Februari dan Mac yang lalu. Dia kalau sekali tak sempat nak mengadap tu, meleret la jadi makin malas. Macam tak biasa haha. Tu yang sempat terbitkan 1-2 entri je sebelum ni. Rugi betul bayar domain mahal-mahal lol

Apa-apa pun, tak sangka Ramadan dah berlalu dan kita dah selamat sambut bulan Syawal.

Aidilfitri 2023 ni, Alhamdulillah keluarga kami masih diberi kesempatan dapat beraya dengan lengkap semua ahli keluarga, daripada mama abah sampai la semua kami 6 beradik dan cucu-cucu kecik molek comel lotey. Semoga mama abah dan kami semua dipanjangkan umur untuk beraya bersama-sama lagi.

Sayang sedikit gambar keluarga tak sempat nak ambik penuh. Sebab biasa la kalau adik beradik ada yang dah kahwin kan, ada yang beraya di tempat lain dulu sebelum balik ke rumah ni. Jadi gambar dengan mama abah tu ambik ikut siapa yang ada di rumah dulu. Tak dapat berkumpul serentak haha

By the way, tema baju raya korang warna apa tahun ni?

Keluarga kami macam biasa tak ada tema yang tetap. Main beli je warna apa yang berkenan di hati. Adik beradik yang dah kahwin dan ada anak-anak je la biasanya ada tema warna untuk famili mereka sendiri. Pastu datang rumah ni, jadi warna warni haha

Tahun ni aku berkenan dengan purple. Akhirnya dapat juga baju kurung warna tu yang potongannya cantik. Sebelum ni dah beli sepasang baju kurung purple untuk ke kenduri kahwin abang aku tapi jenis kurung moden yang potongan kain sempit di lutut. Astaghfirullah seksa betul nak jalan laju-laju. Kalini dapat baju kurung Riau haa baru selesa nak bergerak, bangun, duduk, hatta marathon sekalipun.



Juadah raya tahun ni pun agak simple sementelah harga barang yang mahal kebelakangan ni. Juadah tradisi kami macam sate ayam dan nasi impit tu Alhamdulillah masih ada. Tapi kuih-muih dan biskut raya pelbagai jenis tu tak ada. Nak try buat semperit susu pun cancel niat tengok harga bahan haha

Aku buat kek batik je untuk manisan. Untuk kudap-kudap, popia nestum dan popia cheese pedas. Jimat la juga 2 pek kulit popia potong kecik-kecik dah boleh dapat 2 botol besar. Ni pun dah berapa kali refill dalam botol-botol kecik tapi masih ada banyak lagi popia tu walaupun dah ramai yang makan.

Tak ada bekas kecik lagi? hahaha

@serialquiller_ Kek Batik untuk juadah Raya Aidilfitri. Bergoncang kamera dan berputar loyang ibarat bergoncang kesabaran dan berputar kepala sis terliur kat kek batik ni 🤤 kenapa la aku buat masa siang hari 😂 #cooking #asmr #kekbatik #milo #raya #aidilfitri #InspirasiRaya ♬ original sound - Nadz!rah || Quilling Art

Tahun ni, sempat juga la bagi duit raya sedikit untuk mama abah. Hasil simpan duit blogging kerjasama dengan Intellifluence tu. Saja nak ambik berkat. Aku masih dalam fasa cari kerja tetap ni tapi pada masa sama sedang mencari juga kerja-kerja freelance yang boleh buat dari rumah. Saja mahukan lebih fleksibiliti. Doakan aku dapat kerja yang sesuai ye. Aminnnnn

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua sahabat blogger dan para pembaca. Mohon maaf zahir batin kalau ada tersalah tutur kata dan perbuatan di sini sepanjang kehidupan menaip ni. Aku doakan semoga ada rezeki kita untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun-tahun akan datang. Harapnya waktu tu nanti, kita akan puasa dalam bulan yang lebih sejuk sedikit.

Bulan puasa 2023 ni sumpah sis tak berapa kuat nak hadap sebab Ya Allah suhu bukan kaleng-kaleng. Migrain jadinya sebab cuaca panas tapi tak dapat minum air banyak. Macam mana la orang-orang yang tinggal di iklim panas macam padang pasir dan kawasan tandus tu survive ya?

Hujan oh hujan, mohon turun cepat sikit.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS