Prosedur pengambilan jubah konvokesyen di UUM | NaSa
Assalamualaikum

Waktu yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba!


Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa sarung jubah konvokesyen sendiri huhu. Wahai UUM, kenapa la awok ni lambat sangat proses nama saya? Dah macam-macam jenis baka anggur dah aku tanam kat rumah sementara tunggu surat jemputan dihantar oleh pihak konvo tau 😂

Semangat punya pasal, gigih tau aku naik bas sendiri travel dari Kelantan ke Kedah semata-mata nak ambil jubah konvo ni di Bilik Jubah di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) nun. Boleh je wakilkan orang lain ambik tapi nanti takde ilmu pulak nak buat konten kat blog kan hehe

Lagipun nak pos takut lambat sampai pulak. Ni hasil aku pergi ambil sendiri, dah siap dah sesi preshoot konvo dengan family. Takde la nanti terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan mama abah.

Alang-alang tu, mari aku kongsikan prosedur yang akan dialami apabila kita pergi ambil jubah konvo di UUM ni. Semoga berguna untuk bakal graduan UUM di masa depan.

SEBELUM HARI AMBIL JUBAH

Tarikh ambil jubah konvo nanti akan ditetapkan oleh UUM pada tarikh-tarikh tertentu mengikut sidang.

Akan ada 2 tarikh yang diberi iaitu seminggu sebelum dan sehari sebelum tarikh kita konvo. Tujuannya kalau kita tak mampu datang ke UUM lebih awal sebab nak jimat masa dan duit, boleh datang sehari sebelum konvo dan ambil jubah untuk majlis esok terus. Tak payah travel ke UUM banyak kali.

Kalau ada banyak masa dan tak kisah perhabis duit travel banyak kali macam aku, boleh la pergi ambil awal jubah tu. In fact, aku ambil terlebih awal tau. Sebab sidang aku sepatutnya kena ambil pada 19/7 atau 25/7. Tapi aku pergi 18/7 sebab tiket bas habis dan ada tarikh awal je, so kena la pergi awal 😂

PADA HARI AMBIL JUBAH

Lokasi pengambilan jubah konvo ni terletak di Bilik Jubah. Tempatnya di tingkat bawah DTSO. Kena lalu di koridor belah kanan dewan dan di hujung nanti akan jumpa satu tangga dan papan tanda arah ni di dinding tepi tangga tu.

Cuma kena turun saja melalui tangga tersebut

Nanti jumpa la ruang menunggu depan pintu macam ni

Dalam Bilik Jubah, pelajar tak dibenarkan rekod sebarang gambar atau video. Cuma jurugambar rasmi UUM je boleh. Jadi tak dapat la aku ambil gambar untuk tempek di blog. Nak ambil gambar pintu ni pun curi-curi tau sebab takut staf yang jaga pintu tu perasan. Feeling macam perompak dah haha

Makanya, redha je la aku tulis prosedur pengambilan jubah tu tanpa bukti bergambar 😂

1) Ambil nombor giliran di mesin yang disediakan.
2) Duduk di kerusi menunggu MENGIKUT GILIRAN. Jangan duduk berterabur.
3) Staf bertugas yang tunggu di pintu akan suruh pelajar masuk dan pergi ke kaunter yang kosong.
4) Nyatakan nombor matrik dan saiz jubah yang diisi dalam app UUM Convo kepada staf kaunter.
5) Untuk pelajar yang tinggi, ada kemungkinan staf akan suruh korang berdiri di tiang sebelah pintu masuk yang bertanda S/M/L/etc untuk estimate saiz jubah berdasarkan tinggi. Saiz jubah akan ditukar kepada lebih besar sekiranya perlu, sebab labuh jubah ni eloknya sampai ke paras lutut kita.
6) Nyatakan nama kursus dan school untuk dapatkan hood berwarna yang khusus mengikut school masing-masing (rujuk gambar di bawah).
7) Staf akan scan RFID tag pada jubah untuk tandakan bahawa jubah dah selamat diterima oleh pelajar.
8) Bagi pelajar yang grad dengan CGPA kelas pertama (3.67 dan ke atas), kena pergi ke kaunter paling hujung untuk dapatkan selempang hijau emas.
9) Staf akan suruh letak selempang di bahu dahulu untuk anggarkan panjang selempang yg sesuai dengan ketinggian.
10) Sebelum keluar, kena berdiri di tempat bertanda X atas lantai di hadapan RFID scanner untuk scan RFID tag pada jubah.
11) Nama pelajar dan nama kursus akan tertera pada skrin komputer sebagai tanda pelajar dah selesai ambil jubah dan semua aksesori lain, kemudian boleh la keluar.

RFID tag pada jubah tu memang dah link dengan nama kita tau. Asal lalu depan RFID scanner, auto keluar nama kita untuk tag tu. Sebab tu orang pesan JANGAN TUKAR JUBAH DENGAN MEMBER. Tak kisah la kenapa pun. Kang masa konvo, korang yang naik atas pentas tapi nama member pulak keluar.

Also side note, bagi yang ambil jubah sendiri, eloknya buka app UUM Convo tu awal-awal untuk tunjuk bukti kita memang akan "Attend" konvo, just in case.

Sebab ada staf lain sekat aku suruh tunjuk app tu dulu sebelum boleh masuk. Masalahnya line internet bawah DTSO tu SLOW. Dah la WiFi UUM tak gempak macam dulu. Jenuh loading nak log in sampaikan 2-3 orang pelajar lain potong giliran aku. Last-last staf jaga pintu tu suruh masuk je sebab kesian 😑

Yang jadi wakil untuk orang lain pulak, pastikan FOTOSTAT kad pengenalan korang dan pelajar yang korang wakilkan tu. DTSO tu dah la atas bukit, jauh dari kawasan bangunan akademik yang ada kedai print pulak. Mampos nak ulang-alik jalan kaki. Sebab tu kalau ada kereta, datang la dengan kereta.

Aku datang naik Grab tau pastu selesai ambik jubah, perut lapar nak pergi makan. Tapi bus stop terdekat yang depan PKU tu jauh. Masa tu hujan pulak. Cramp kaki aku jalan dari DTSO ke perpustakaan sebab nak lalu di koridor bumbung hijau tu untuk ke Vmall. Lama tak exercise la katakan 😂

Anyway, here's me tak menyempat nak try jubah konvo tu so gigih cacak tripod di hujung koridor dan buat photoshoot awal sorang-sorang hehe

Alhamdulillah aku dapat ya selempang emas UUM tu. Pastu pakai dengan cara yang salah sebab terlalu konfiden 😂

Jubah aku pakai ni saiz M. Memang aku isi nak M pun dalam app UUM Convo. Tapi staf nyaris nak suruh tukar sebab mereka tengok aku tinggi (165cm). Sebab tu aku kena berdiri di dinding tu haha. Time mereka nak bagi jubah ni pun, masih insist suruh ukur di bahu dulu sebab takut singkat. Prihatin betul.


Termasuk jubah, in general, ada 3 benda yang WAJIB DITERIMA oleh pelajar di Bilik Jubah DTSO. Kalau yang grad kelas pertama, akan jadi 4 la sebab termasuk selempang emas tu sekali.


Topi mortar ada 2 jenis. Bagi pelajar perempuan bertudung, dapat topi yang ada pelekat velkro ni supaya mudah nak ubah saiz. Takde la kacau bentuk tudung. Tapi bagi pelajar lelaki atau perempuan tidak bertudung, katanya dapat yang jenis serkup kepala penuh?

Ni aku baca komen orang lain la. Kalau tengok video cara pakai jubah yang UUM bagi tu, dia tunjuk pelajar lelaki pun dapat topi boleh ubah jugak. So ikut nasib kot?


Hood berwarna ni menandakan pelajar dari school mana. Warnanya tak sama bagi setiap school. Boleh tengok carta warna dalam gambar di bawah dan pastikan korang dapat warna hood yang betul. Takut staf terlepas pandang dan korang pun tak alert, tak pasal-pasal jadi anak angkat school lain.

Kredit gambar: Pantas Photo Studio

Kalau yang suruh wakil ambilkan jubah, lagi la kena suruh alert dengan warna di tiang Bilik Jubah ni dengan warna hood yang diberikan oleh staf. Kot la wakil tu dari school lain dan tak tahu warna untuk school kita.

Cara pakai hood ni UUM ada bagi video tutorial dalam app UUM Convo. Tapi orang yang tunjuk tu guna hood yang tak sama langsung dengan yang undergraduate ni punya. Banyak kali jugak aku try and error sampai dapat bentuk yang sama dengan yang orang pakai dalam konvo-konvo yang lepas 😂

Yang selempang emas ni pulak, sama jugak bagi tapi takde tutorial macam mana cara nak pakai, baik di app mahupun masa ambik di kaunter hahahah


Lagi confuse sebab selempang ni ada 2 strip velkro di kedua-dua hujung macam ni Aku pun taktau dia nak suruh tampal ke apa sebenarnya. Kalau tampal, nak tampal macam mana?


Macam James Bond dah aku duk godek-godek benda ni sampai la aku terfikir untuk lekatkan pelekat velkro yang tajam tu di kedua-dua hujung tu, macam yang aku memula pakai dalam gambar atas tu. Memang rasa paling bergaya dah tu tau. Sekali lepas tengok balik tutorial dalam UUM Convo dan video konvo orang lain, lahhh salah.


Cara sebenar untuk pakai selempang emas ni adalah cross-kan kedua-dua hujung jadi X macam ni. Tapi aku tak tahu mana satu kena duduk atas dan bawah. Video tutorial UUM Convo cuma tunjuk kejap je contoh pemakaian jubah versi ada selempang, tapi takde pun cara pakai selempang.

Eeee aku babap kang.

Nanti la kita tunggu hari konvo sebenar untuk tengok cara orang lain pakai. 

By the way, syarat untuk dapatkan selempang emas UUM ni adalah graduate dengan CGPA kelas pertamaTak wajib pun dapat Anugerah Dekan setiap semester macam selempang pink UiTM. Kalau ada sem yang GPA bawah dekan pun takpe asalkan CGPA terakhir lepas habis belajar tu 3.67 dan ke atas.

Tinggi kan pointer kelas pertama UUM? Kalau UiTM, 3.50 pun dah dekan. Memang lain universiti, lain pointer kelas pertama mereka. Mungkin sebab tu kot UUM kata "Takpe tak dekan sepenuhnya. Asalkan CGPA terakhir 3.67 ke atas, dapat la selempang emas tu." 😂

Ada orang kata syarat selempang UUM lebih mudah berbanding UiTM. Tapi nak dapatkan 3.67 tu, jenuh mat. Tak semua la berjaya maintain untuk beberapa sem pun. Pastu kalau ada sem yang GPA jatuh sikit, ada risiko rosak terus keseluruhan CGPA untuk jadi kelas pertama. Seram 😱

Tapi inilah petanda pelajar tu kena sentiasa berusaha lebih lagi untuk kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran. Kalau betul nakkan selempang emas tu, kena la belajar dengan tekun kan. Baru la 2 kali ganda lebih bergaya masa konvo sebab jubah konvo ada warna emas ekstra hehe

Wish me luck for my upcoming trip nak pergi convo and my adventure into the working world. Semoga entri ni membantu untuk bakal pelajar dan bakal graduan UUM pasni.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Wah tahniah dah nak konvo! Cuya pon bakal konvo bulan 11 mcm tulaaa
    masih belum ada berita tentang jubah..

    btw tahniah dapat selempang emas.bukan senang tu! Power la Nasa...hehhe
    Keep up the good works!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Cuyaa ❤️❤️

      Alhamdulillah berbaloi la penat lelah sampai meroyan dalam blog sepanjang belajar tu haha. Tahniah jgk Cuya dah nak konvo . Nanti belanja la gambar hehe

      Delete
  2. Tahniah! Saya konvo tahun 2003 di UUM. Hood warna silver tapi tak layak dapat selempang emas. Huhu sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 🙆🏻‍♀️ fuhhh super senior 20 tahun sudah. Tak apa yg penting selamat konvo huhu

      Delete
  3. Kalau master brp pulak CGPA kena ada? And mcm mana pulak dgn master by research?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Master dan PhD rasanya tak ada selempang. Ni hanya utk undergraduate sahaja.

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS