Pengalaman Ujian JPJ Kereta Manual | NaSa

Pengalaman Ujian JPJ Kereta Manual

  


Proses ambil lesen kereta ni adalah pengalaman yang awalnya agak stres bagi aku sebab orang bayarkan maka automatik rasa pressured untuk pergi ke kelas tu dan lulus. Sebelum ni dah plan nak ambik sendiri pada waktu lapang sendiri yang sesuai. Tapi dah orang sponsor kan, syukur je la 🙂

I'm compiling semua memori pengalaman tu untuk jadi kenangan kat sini dan sebagai motivasi jugak la untuk kekal jadi pemandu berhemah lepas ni. Tak sanggup dah nak repeat kelas teori, bukit, parking sisi tu. Harapnya isi dalam entri ni ada la yang berguna untuk sesiapa yang baca.

DISCLAIMER: Prosedur yang dilalui di akademi memandu aku tak sama dengan akademi di tempat lain. Bacalah semua kisah ni untuk pengetahuan sahaja. Terima kasih.

1) Bahagian 1 - Kelas Teori KPP01

👉🏻 Kelas teori selama 6 jam. Merangkumi topik yang akan ditanya dalam ujian komputer sebelum layak mohon lesen L dan belajar memandu. Wajib beli buku teks tebal yang cuma akan jadi artifak dalam bilik.


2) Bahagian 2 - Ujian Komputer dan Permohonan Lesen L

👉🏻 Ujian komputer mengandungi 3 bahagian (50 soalan) dan perlukan minima 42 markah untuk lulus dan layak mohon lesen L. Tempoh siap lesen L antara 1-7 hari bekerja, bergantung pada pejabat JPJ.


3) Bahagian 3 - Latihan Memandu di Litar dan Jalan Raya

👉🏻 Latihan litar selama 5.5 (atau 6) jam untuk lalui 5 halangan, latihan jalan raya selama 10 jam untuk hafal 3 jalan. Perlu selesaikan litar dahulu sebelum boleh belajar di jalan raya.


4) Bahagian Finale - Pra-Ujian (QTI), Kelas Tambahan, dan Ujian JPJ Sebenar

👉🏻 Pra-ujian dijalankan di akademi memandu dahulu dan pelajar yang lulus akan layak untuk mohon tarikh ujian JPJ. Pelajar yang bakal mengambil ujian JPJ boleh mohon juga untuk kelas memandu tambahan kalau perlukan lebih latihan. Caj bayaran kelas tambahan bergantung kepada tetapan akademi masing-masing.


5) Berjaya lulus ujian JPJ dalam cubaan pertama!

👉🏻 Alhamdulillah berjaya lulus kedua-dua bahagian litar dan jalan raya dalam cubaan pertama sahaja. Tak perlu repeat sebarang ujian dan boleh terus mohon lesen P 😆🎉


6) Kad lesen P dah siap~

👉🏻 Lesen P dah siap dalam tempoh 5 hari lepas ujian JPJ. Tapi tu la ada lesen tak bermaksud pandai memandu. Sis terlanggar pagar rumah ya sempena perasmian lesen tu huhu

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS